1.  Tidak salah mahu berhibur dan bergembira tetapi mestilah TIDAK  keterlaluan dan melampaui batas dalam meruntun hawa nafsu yang  sememangnya tidak pernah kunjung puas biar 1001 keseronokan dianjurkan.  Sementelah pula majlis hiburan dan keseronokan melampau yang membawa  implikasi buruk pada moral , minda , akhlak dan peradaban seperti seks  bebas , tarian lucah , pil ectasy , pil kuda dan lain - lain .
2. Biasanya menjelang tahun baru  atau lainnya termasuklah meraikan hari - hari perayaan tertentu dalam  negara kita, akan ada pelbagai bentuk keraian melampau yang diraikan  oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap moral masyarakat. Apa  yang mereka fikir ialah happy dan enjoy sehingga tergamak melanggar  batas agama dan norma tatasusila serta adab orang timur .
3. Saya menggesa supaya pihak  berwajib mengambil serius perkara ini agar tidak terlepas pandang  pelbagai aktiviti mungkar yang boleh merosakkan akhlak dan minda  masyarakat lalu meletakkan mereka dan negara tercinta ini di bawah  kemukaan Allah swt .
4. Terlebih penting bagi pihak  kerajaan sendiri agar mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba  merosakkan moral dan nilai diri manusia justeru ia juga sebahagian dari  usaha menjaga pembangunan seimbang rakyat dan negara. Negara akan musnah  dan binasa jika rakyatnya hanya disogok dengan pembangunan material  tanpa pembangunan spiritual atau ruhani mereka .
5. Akhlak dan moral yang rosak  inilah akhirnya meningkatkan kadar bencana sosial , jenayah , rasuah ,  salah laku seks dan 1001 pencemaran moral yang lain . Jangka panjang  negara ini akan binasa . Saya mendapat maklumat bagaimana sambutan  Krismas kali ini [ 25 Dec 2010 ] juga ada pihak tertentu yang mengaku muslim mahu menganjur parti yang menjerumus ke arah seks bebas di kelab malam tertentu.  Aktiviti seperti inilah yang saya maksudkan supaya pihak berwajib tidak  berdiam diri atau hanya menunggu laporan kes setelah aktiviti itu  selesai dilangsungkan . 
[ Maklumat yang saya terima  :  Seorang perempuan berusia 20 tahun. Melayu dan beragama Islam  menganjurkan satu pesta yang diberi nama Christmas Party Foam yang  dijadualkan pada 25 Dec ini . Dia juga berkerja sebagai model sambilan.  Dia  ambil gambar bogel dan paparkan di internet utk cari rezeki. Dia  anjurkan event krismas. Jualan tiket sedang berjalan , ada jualan arak.  dan tak boleh pakai baju. kena pakai bikini sahaja dan ianya dianjurkan  di kelab malam .] 
Kini kempen party ini di  facebook tidak lagi boleh diakses tetapi belum tentu penganjuran party  tersebut dibatalkan. Harap pihak berkuasa memantaunya
6.  Cegahlah sebelum parah justeru realitinya saya lihat aktiviti ini ia  tidak terhenti setakat bergaul bebas lelaki perempuan dengan mabuk -  mabukan atau khayal - khayalan dengan arak , pil kuda , ectasy  serta  penzinaan atau seks bebas malah ia akan mengheret pelaku yang terjebak  dalam kancah nafsu liar ini sehingga mengisytiharkan diri mereka murtad .
7. Selamatkan Negara dari anasir  mungkar seperti ini . Generasi muda atau generasi baru hari ini sudah  muak dan jelek dengan hiburan yang keterlaluan ini . Apa yang anak  muda mahu ialah hiburan yang berinformasi , hiburan yang mendamaikan  jiwa , hiburan yang menenangkan perasaan  dan hiburan yang tidak  mencabar kesucian minda , moral dan akhlak mereka .
8. Pemikiran positif generasi muda baru di zaman ini ialah fokus bagaimana mereka mahu membangunkan negara , memurnikan sosial dan meningkatkan nilai suci pada modal insan atau sumber manusia yang akan menjadi mengisi ruang kemerdekaan negara yang telah dicapai sekian lama .
9. Tentunya generasi muda hari  ini tidak mahu mindanya kembali dijajah oleh budaya dan cara hidup  penjajah biarpun mereka tidak lagi datang menjajah tanahair sebagaimana  episod penjajahan sebelum merdeka . Tiada ertinya merdeka andai minda  dan jiwa  masih dibawah pengaruh cara dan gaya hidup penjajah . generasi  muda pasti menuntut satu nilai dan harga diri yang mulia dan bebas dari  pengaruh penjajah .
10. Inilah sinar baru buat  negara dan rakyat . Negara dan rakyat yang hebat. Tidak runtuh peribadi  dan nilai integriti sebaliknya memiliki kualiti nilai yang tinggi .  Disegani dan dihormati dan apa yang paling penting ialah diiredhai Tuhan  rabbul izzati .
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan